fbpx

Puntianak ‘tonton’ televisyen di klinik waktu malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SATU lembaga putih dipercayai puntianak menonton televisyen di sebuah lokasi yang tidak didedahkan. - Foto @satpamhororr/TikTok

JAKARTA – Satu rakaman video memaparkan lembaga putih dipercayai puntianak berambut panjang sedang duduk di atas kerusi di sebuah klinik, lapor laman berita Viva kelmarin.

Video itu dimuat naik di platform TikTok menggunakan akaun @satpamhororr.

Klinik tersebut dilihat berada dalam keadaan gelap ketika seorang pekerja keselamatan memberanikan diri cuba merakam susuk berpakaian putih itu.

Ia dilihat hanya duduk tanpa bergerak sambil memandang tepat ke arah televisyen yang terpasang di waktu malam tanpa ada seorang pun di situ.

Menurut keterangan, klinik tersebut sudah tamat waktu operasi ketika itu. 

Pekerja keselamatan berkenaan kemudian didengari cuba berbual dengan lembaga tersebut dan memintanya supaya siaran televisyen itu dimatikan.

Tidak dijelaskan bila dan lokasi di mana kejadian itu berlaku. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI