fbpx

Harap dapat hukuman setimpal, puas dapat lihat wajah semua tertuduh – Abang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shah Rizad ketika ditemui selepas prosiding kes di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi di sini hari ini.

KAJANG – Abang sulung kepada lelaki yang diikat dan dipukul dalam kejadian di Taman Pelangi Semenyih, berharap lima tertuduh yang didakwa membunuh adiknya hari ini dikenakan hukuman setimpal.

Shah Rizad Samad, 43, berkata tiada yang berhak memukul mangsa hingga maut meskipun adiknya melakukan kesalahan.

“Sudah ikat (mangsa), kenapa pukul lagi? Diikat bagaimana hendak lindungi dirinya? Kami (ahli keluarga) hadir ke mahkamah hendak tengok muka tertuduh (kes bunuh Shahril) dengan jelas. Kami tidak mengenali tertuduh, sebelum ini tak dapat tengok muka tertuduh,” katanya dalam nada sebak.

“Kami tiada kuasa untuk tentukan (hukuman), kita hanya mahukan keadilan,” katanya.

Terdahulu lima lelaki iaitu Mohd. Yuree Ranoff Mohd. Bachuri, 41, Azharul Azuan Mohd. Azan 34, Tengku Izham Tengku Hamid, 22, Mahazir Nordin, 43, dan Syamsul Qamar Ayob, 40, atas pertuduhan membunuh di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya mereka di hadapan Majistret Nurdiyanah Mohd. Nawawi.

Pengakuan tidak direkodkan kerana kes itu dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan kelima-lima tertuduh didakwa bersama-sama telah membunuh Shahril Samad, 41, di Jalan TPS 2/3, Taman Pelangi Semenyih 2, Beranang di sini pukul 9.54 malam pada 20 Februari lalu yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Nur Liyana Mohd. Sulaiman manakala kelima-lima tertuduh diwakili peguam Mohammad Hafiz.

Tiada ikat jamin diberikan terhadap kelima-lima tertuduh. Mahkamah kemudian menetapkan 25 April ini bagi sebutan laporan forensik, bedah siasat dan laporan kimia.

Minggu lalu Kosmo! melaporkan, polis menerima maklumat mengenai satu kemalangan pada pukul 9.20 malam, sebelum anggota trafik di kejarkan ke situ dan menjumpai sebuah kereta Proton Saga dipercayai terbabas dan melanggar pagar kawasan perumahan di situ. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI