fbpx

28,100 saman dalam 6 hari Ops Selamat 21

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
M. KUMAR

JOHOR BAHRU – Jumlah saman yang dikeluarkan sepanjang Op Selamat 21 sempena Tahun Baharu Cina meningkat lebih dua kali ganda kepada 28,100 saman dalam tempoh enam hari sahaja.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, jumlah itu meningkat berbanding 11,690 saman yang dikeluarkan tempoh sama tahun lalu.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 20,024 Notis Pol 170A yang dikeluarkan tanpa kehadiran pemandu atau pesalah tidak ditahan dan selebihnya adalah Notis Pol 257 yang dikeluarkan secara langsung kepada pesalah trafik.

“Sepanjang tempoh Op Selamat berjalan, sebanyak 1,187 jumlah kemalangan dilaporkan berlaku termasuk 12 kemalangan maut dengan jumlah kematian membabitkan 13 individu.

“Jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding tahun lalu yang merekodkan 1,675 kemalangan termasuk 16 kemalangan maut yang mengorbankan 22 nyawa pada tahun lalu,” katanya pada sidang akhbar Majlis Perhimpunan Bulanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Kumar berkata, kesalahan memandu melebihi had laju yang ditetapkan adalah tertinggi yang direkodkan sepanjang tempoh operasi dengan sebanyak 14,680 saman dikeluarkan.

Katanya, ini diikuti dengan kesalahan abai isyarat lalu lintas dengan sebanyak 4,477 saman dan 3,122 saman berkait lesen memandu.

Tambahnya, sepanjang operasi itu dijalankan, sebanyak 446 saman juga telah dikenakan kepada warganegara Singapura.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI