fbpx

[VIDEO] Lima kereta, 11 motosikal musnah dalam kebakaran bengkel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadam kebakaran kereta dan motosikal di kawasan tempat letak kenderaan dua bengkel di Taman Keladi, Sungai Petani awal pagi ini.

SUNGAI PETANI – Sebanyak lima kereta dan 11 motosikal musnah dalam kebakaran tempat letak kenderaan yang mahu dibaiki di hadapan dua buah bengkel kenderaan di Taman Keladi, di sini awal pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba I Ismail Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 5.23 pagi tadi.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan keluaran operasi mendapati berlaku kebakaran bengkel kereta dan motor. Tindakan operasi pemadaman dilakukan dan kebakaran berjaya dibendung pada pukul 5.45 pagi tadi,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kebakaran itu memusnahkan 16 kenderaan iaitu lima kereta dan 11 motosikal.

“Kejadian itu tidak melibatkan mangsa dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan,” ujarnya.

Sementara itu, tular beberapa video kejadian kebakaran tersebut termasuk rakaman seorang lelaki yang dicekup kerana didakwa menjadi punca kebakaran tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI