fbpx

Bagus untuk Malaysia – Hamidin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAISAL Halim menghasilkan gol menarik selepas pamer ketenangan dengan memperdayakan bintang Korea Selatan, Kim Min-jae. AFP

PETALING JAYA – Kejayaan Faisal Halim memenangi jaringan terbaik Piala Asia 2023 jadi satu pengiktirafan positif dan wajar dibanggakan oleh semua pihak dalam industri bola sepak di Malaysia.

Walaupun tidak mampu melepasi aksi Kumpulan E, kemenangan Faisal ini secara tidak langsung akan beri publisiti meluas kepada arena bola sepak Malaysia di pentas antarabangsa khususnya di benua Asia.

“Kalau dia menang baguslah untuk rakyat Malaysia,” kata Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.

Sebelum ini, Faisal yang lebih dikenali sebagai Mickey menepati ramalan apabila ‘kuasa veto’ peminat bola sepak di negara ini membolehkannya menang bergaya untuk mengatasi tujuh lagi calon lain.

Jaringan Mickey itu terhasil selepas bintang Selangor itu pamer ketenangan untuk memperdaya bintang Korea Selatan dan Bayern Munich, Kim Min-jae sekaligus menyaksikan perlawanan terakhir Kumpulan E, 25 Januari lalu berakhir seri 3-3.

Mickey mencatatkan undian 85 peratus diikuti penyerang Jordan, Mousa Al Tamari yang merekodkan sembilan peratus, Son Heug-min (Korea Selatan) tiga peratus manakala Supachok Sarachat (Thailand) dan Sardar Azmoun (Iran) meraih satu peratus.

Tiga lagi pemain iaitu Abdulrahman Ghareeb dari Arab Saudi, Keito Nakamura (Jepun), Hassan Al Haydos (Qatar) tidak mendapat sebarang markah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI