fbpx

Agensi agama junjung titah Sultan Ibrahim sebar luas syiar Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na'im bercakap kepada pemberita selepas Konvensyen Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di Kompleks Nasyrul Quran Putrajaya, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Semua agensi di bawah kelolaan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan meneruskan usaha menyebarluas syiar Islam di negara ini sebagai menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, titah Yang di-Pertuan Agong supaya semua pihak tidak menyentuh isu 3R (Institusi Diraja, Agama, Bangsa) perlu dijunjung.

Beliau berkata, rakyat keseluruhannya khususnya Ahli Parlimen diharap dapat menjunjung titah berkenaan supaya perkara sensitif terbabit tidak disentuh dan paling penting tidak dimanipulasi.

“Saya menjunjung kasih ke atas titah Yang di-Pertuan Agong selain mengekalkan kesatuan dan perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini.

“Yang di-Pertuan Agong turut menasihati Ahli Parlimen dan rakyat untuk memastikan kesatuan dan perpaduan di kalangan seluruh rakyat dapat dipertahankan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Pelancaran Kovensyen al-Quran Peringkat Kebangsaan 2024 di Kompleks Nasyrul Quran di sini tadi.

Mohd. Na’im berkata, agensi agama termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Institut Kefahaman Islam Malaysia akan memperbanyakkan program berkaitan perpaduan bagi menjunjung titah itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI