fbpx

Hariz lelaki budiman, macam suami saya – Anzalna Nasir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Anzalna Nasir mengesahkan adiknya, Afifah kini tunangan orang.

PETALING JAYA – Pelakon jelita, Anzalna Nasir mengesahkan adiknya, Afifah sudah bergelar tunangan kepada jejaka pilihan hati, Syed Hariz, malam tadi.

Azalna turut mengakui majlis pertunangan itu berlangsung di kediaman ibu bapanya di Hulu Kelang, Selangor.

“Majlis pertunangan mereka hanya membabitkan ahli keluarga terdekat dan berlangsung secara sederhana tetapi meriah serta cukup bermakna.

Sebagai kakak saya bersyukur akhirnya adik kesayangan saya menemui putera impian dan selangkah lagi ke gerbang perkahwinan.

Cuma nak cerita lebih mengenai perkenalan atau bibit percintaan mereka pun tak boleh, lebih baik tanya tuan punya badan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Menurut Anzalna lagi, mereka sekeluarga menyenangi keperibadian Hariz yang berbudi pekerti serta budiman seperti suaminya, Hanif Zaki.

Kami semua memang menyenangi keperibadian Hariz yang berbudi bahasa, menghormati orang sekeliling serta pandai menyesuaikan diri.

Paling utama mereka pasangan serasi dan saling mencintai. Nampak Afifah bahagia sudah cukup menggembirakan kami,” ujarnya.

Menurut Anzalna lagi, tarikh pernikahan pasangan terbabit masih belum ditetapkan namun bakal dilangsungkan tahun ini.

Selain keluarga, antara rakan karib pelakon Bisik Bisik Gelora yang menghadiri majlis itu adalah Puteri Aishah dan suami, Muhammad Firdaus Sulaiman, Hafreez Adam serta Shaza Bae.

Semalam, pemilik nama lengkap Nur Afifah Nasir, 31, berkongsi gambar dilamar Hariz disayap sebuah pesawat ringan bersama sebentuk cincin berlian jenama mewah dan sejambak bunga.

Pada hantaran itu, Afifah menulis ayat lamaran diberi lelaki terbabit selain meletakkan tanda pagar yang menggabungkan nama mereka iaitu #AfifahSyedYE.

Sehingga kini usaha Kosmo! Online menghubungi Afifah belum berhasir kerana difahamkan dia sedang menjalani penggambaran sebuah program televisyen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI