fbpx

Cuaca cerah di hampir seluruh Semenanjung pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Keadaan cuaca pada pagi ini di hampir keseluruhan kawasan di Semenanjung Malaysia dilaporkan cerah.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, keadaan cuaca cerah itu dijangka boleh berlarutan sehingga ke tengah hari nanti.

Bagaimanapun katanya, terdapat kawasan persisiran pantai di negeri Kelantan dijangka akan mengalami hujan pada lewat pagi nanti berikutan hujan kini sedang berlaku di kawasan lautan dan akan menuju ke daratan.

“Hujan berkenaan akan bergerak ke kawasan pedalaman Kelantan dan juga Terengganu.

“Manakala di Malaysia Timur pula, hujan dan ribut petir kini sedang berlaku di satu dua tempat melibatkan bahagian pedalaman Sarawak dan keadaan ini dijangka boleh berlarutan hingga ke petang nanti,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, di negeri Sabah pula dilaporkan hujan masih lagi dijangka boleh berlaku di satu dua tempat melibatkan bahagian Sandakan menjelang lewat pagi nanti.

“Bagi ramalan cuaca petang nanti pula, di semenanjung Malaysia hujan dan ribut petir dijangka boleh berlaku di beberapa tempat iaitu melibatkan bahagian selatan di negeri Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

“Hujan juga dijangka boleh berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang serta timur Johor menjelang lewat petang nanti,” ujarnya.

Di negeri Sarawak dan Sabah pula MetMalaysia melaporkan hujan dan ribut petir dijangka boleh berlaku di satu dua tempat melibatkan hampir keseluruhan bahagian di Sarawak serta pedalaman Sabah.

“Setakat 4.30 petang semalam, MetMalaysia juga telah mengemaskini status cuaca panas terkini iaitu tahap satu (berjaga-jaga).

“Amaran ini melibatkan negeri Perlis, hampir keseluruhan negeri Kedah, juga melibatkan daerah Kangsar di Perak serta bahagian Beaufort di Sabah,” katanya.

Katanya, suhu maksimum di semua kawasan berkenaan ialah antara 30 hingga 37 darjah Celsius dan dijangka berlaku sekurang-kurangnya untuk tiga hari berturut-turut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI