fbpx

Nyanyian merdu Aufahanie buat ramai rindukan Siti Sarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nyanyian merdu Aufahanie mendendangkan lagu Saat Hilang Cintamu nyanyian asal Allahyarham Siti Sarah membuatkan ramai sebak.

“RASA sebak dan rindu.”

Itu antara emosi netizen yang membanjiri ruangan komen video penyanyi, Aufahanie mendendangkan lagu Saat Hilang Cintamu nyanyian asal Allahyarham Siti Sarah.

Penuh penghayatan dan emosi yang diberikan Aufahanie dalam nyanyiannya ternyata berjaya membuai jiwa pendengar.

Difahamkan, Aufahanie telah memuat naik video muzik rasmi bagi lagu ‘cover’ tersebut tiga bulan lalu, namun baru kini tular dalam media sosial.

Rata-rata netizen berpendapat suara Aufahanie sangat sesuai dengan lagu tersebut sekali gus mengundang rasa rindu terhadap Siti Sarah.

“Sedapnya suara dia, wajah pun ada iras arwah.

“Sebak dengar nyanyian Aufahanie. Terubat rindu pada Siti Sarah,” demikian komen netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI