fbpx

Liga Europa: AC Milan mula terbayang trofi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MILAN tewas pada aksi kedua menentang Rennes awal pagi semalam, namun mereka layak dengan kelebihan agregat. - AFP

RENNES – Pasukan AC Milan mula mengintai peluang untuk menjulang trofi Liga Europa musim ini selepas mara ke pusingan 16 terbaik apabila menewaskan Rennes 5-3 secara agregat pada aksi peringkat play off awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, skuad Rossoneri yang memiliki kelebihan 3-0 pada aksi pertama minggu lalu terpaksa bermandi peluh apabila pasukan Rennes memberikan tentangan sengit sebelum menamatkan saingan di dengan keputusan 3-2.

Pengendali Milan, Stefano Pioli mengakui perjalanan pasukannya untuk menjulang trofi masih jauh tetapi tidak mustahil sekiranya pasukan dapat mengekalkan momentum positif seperti yang dipamerkan sebelum ini.

“Saya puas dengan keputusan ini meskipun tewas, kami masih berjaya mengesahkan kemaraan ke pusingan seterusnya dan itulah perkara paling penting. Perlawanan ini agak sukar kerana Rennes adalah pasukan berkualiti.

“Mengenai sasaran, saya rasa masih terlalu awal untuk labelkan pasukan kami antara pilihan tetapi sudah tentu ia menjadi salah satu impian pasukan. Buat masa ini kita tunggu dahulu keputusan undian pusingan 16 terbaik kerana lawan pastinya lebih hebat,” katanya.

Sementara itu, pemain pertahanan Milan, Simon Kjaer berharap rakan-rakan menjadikan kekalahan ini sebagai pengajaran agar tidak lagi leka pada perlawanan Liga Europa yang seterusnya.

“Saya lihat kita terlalu selesa selepas mendahului 3-0 dan tidak sedar perkara seperti ini boleh berlaku. Nasib baik kita masih lagi layak ke peringkat 16 terbaik dan harap kekalahan ini dapat dijadikan pengajaran berguna,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI