fbpx

Lelaki tidak berbaju maut digilis kereta api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki yang tidak berbaju ditemukan maut akibat digilis kereta api di tepi landasan berdekatan sebuah kilang di Jalan Pelabuhan Utara di sini, Rabu lalu.

KLANG – Seorang lelaki yang tidak berbaju ditemukan maut akibat digilis kereta api di tepi landasan berdekatan sebuah kilang di Jalan Pelabuhan Utara di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu, kira-kira pukul 11.35 pagi.

Jelas beliau, panggilan itu dibuat seorang individu yang menemukan mayat seorang lelaki di lokasi tersebut.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai digilis kereta api sebelum meninggal dunia di tempat kejadian. Mangsa merupakan lelaki warga asing berusia 19 tahun yang ditemukan hanya berseluar panjang tanpa memakai baju,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Hoong Fong, pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian bawah paras kedua belah lutut.

“Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi bedah siasat. Tiada sebarang unsur jenayah di lokasi kejadian setakat ini dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” ujarnya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian supaya menyalurkannya kepada IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atau balai polis berdekatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI