fbpx

Kosmo!, Utusan Malaysia raih tiga Anugerah Media Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Luqman Ridhwan (tengah), Asliza (kanan) dan Sayed Hisham (kiri) memenangi tiga kategori berasingan dalam Majlis Anugerah Media Perak yang berlangsung di Ipoh, malam ini. - Foto ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Media Mulia Sdn. Bhd. menerusi dua akhbar terbitannya iaitu Kosmo! dan Utusan Malaysia memenangi tiga kategori berasingan dalam Majlis Anugerah Media Perak yang berlangsung di Bangunan SUK Perak, di sini malam ini.

Pada majlis tersebut, Wakil Negeri Kosmo! Perak, Luqman Ridwan Mohamed Nor menang tempat pertama bagi kategori Anugerah Rencana Terbaik menerusi rencana yang bertajuk Kualiti Kekal, Tak Mudah Hancur.

Rencana tersebut menceritakan tentang industri ikan bilis mata biru di Pulau Pangkor serta kualitinya.

Sementara itu, wartawan Utusan Malaysia, Asliza Musa memenangi tempat kedua bagi Anugerah Berita Ekonomi Terbaik menerusi laporan berita ekonomi bertajuk Fiztox Bantu Jana Pendapatan Suri Rumah Pelajar.

Dalam pada itu, Wakil Negeri Utusan Malaysia Perak, Sayed Hisham Ideris memenangi tempat ketiga bagi Anugerah Berita Sukan Terbaik menerusi laporan berita sukan bertajuk Ijad Kaki Besi Sedia Bersaing Bagi Wakili Negara.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad pada majlis itu berkata, beliau menghargai peranan media sebagai perantara kerajaan negeri dan rakyat.

“Dalam banyak keadaan, media menjadi medium terbaik dalam menerima maklum balas rakyat.

“Ini membantu kerajaan negeri dalam menilai dan meningkatkan pelaksanaan dasar dan program yang telah dirancang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI