fbpx

Lelaki dijumpai lemas di bawah jambatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Polis Marin mengangkat mangsa yang dijumpai lemas di Sungai Mentua, Pengkalan Kubor dekat Tumpat semalam.

TUMPAT – Mayat seorang lelaki dijumpai dalam keadaan terapung di bawah Jambatan Pulau Ular dekat Sungai Mentua, Pengkalan Kubor di sini petang semalam.

Mangsa yang memakai baju-T dan berseluar sukan itu ditemukan kira-kira pukul 4.50 petang oleh seorang lelaki yang berada di kawasan sungai tersebut.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, Ketua Polis Balai Pengkalan Kubor bersama anggota dan anggota Polis Marin Wilayah 3 Pengkalan Kubor bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat kejaian itu.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati, tiada sebarang kecederaan pada badan mangsa.

Mayat mangsa dibawa naik ke Jeti Pengkalan Polis Marin, Pengkalan Kubor selepas dijumpai lemas di Sungai Mentua, Pengkalan Kubor dekat Tumpat semalam.

“Mayat lelaki itu dibawa naik ke Jeti Pengkalan Polis Marin, Pengkalan Kubor sebelum pegawai perubatan membuat pengesahan kematian.

“Mangsa dibawa ke Hospital Tumpat dan hasil bedah siasat mendapati lelaki itu meninggal dunia akibat lemas di sungai berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Amran memberitahu, mayat mangsa telah dituntut oleh ahli keluarganya untuk urusan pengebumian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI