fbpx

JPJ rekod kutipan hasil RM5.07 bilion, tertinggi dalam sejarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada Majlis Sua Kasih Madani Kemeterian Pengangkutan di Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan kutipan hasil mencecah RM5.07 bilion tahun lalu iaitu tertinggi dalam sejarah jabatan berkenaan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, jumlah kutipan itu meningkat 3.53 peratus berbanding RM4.9 bilion pada tahun 2022.

Beliau berkata, dalam kategori bayaran tender nombor perdaftaran pula, kutipan hasil meningkat daripada RM 501.5 juta pada 2022 kepada RM569.6 juta pada 2023.

Jelasnya, ia menyaksikan pertumbuhan sebanyak RM68.1 juta atau 13.6 peratus.

“Peningkatan hasil ini termasuk siri bidaan Nombor Pendaftaran FF, M_M yang dilancarkan pada Mei 2023 dan Ogos 2023.

“Bagi siri GOLD yang dilancarkan sempena sambutan jubli emas Hari Wilayah Persekutuan ke – 50 pada 1 Febuari lalu, JPJ merekodkan lebih RM17.24 juta hasil kutipan.

“Ini termasuk GOLD 1 yang berjaya dibida oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dengan harga RM1.5 juta,” katanya ketika berucap pada Majlis Sua Kasih Madani dan perhimpunan bulanan kementerian di sini tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI