fbpx

Imigresen tahan 62 warga asing kerja tanpa permit di Senai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN daripada warga asing yang ditahan dalam serbuan berasingan di sekitar Senai, Kulai.-Foto IHSAN IMIGRESEN

JOHOR BAHRU – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan seramai 62 warga asing dalam operasi di sebuah kilang dan 16 lokasi hotspot di Senai kelmarin.

Pengarah JIM Johor, Baharuddin Tahir berkata, operasi dijalankan susulan maklumat awam berhubung warga asing yang bekerja tanpa pas dan permit yang sah.

“Dalam operasi ini, seramai 197 individu diperiksa dan 62 daripada mereka ditangkap. Semua yang ditahan berusia 21 hingga 49 tahun.

“Menerusi operasi di sebuah kilang pembuatan cornice, seramai lima lelaki dan dua wanita warga Indonesia serta empat lelaki warga Bangladesh ditahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, menerusi operasi di 16 premis sekitar Taman Desa Idaman, seramai 31 lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh serta tujuh lelaki dan tiga wanita warga Indonesia ditahan.

“Dalam serbuan sama, turut ditahan empat lelaki dan tiga wanita warga Myanmar serta masing-masing seorang lelaki warga India dan Nepal,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI