fbpx

3.72 juta individu selesai kemas kini maklumat di Padu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) merekodkan jumlah pengemaskinian maklumat individu seramai 3.72 juta orang berdasarkan sumber data pentadbiran setakat 11.59 malam tadi.

Padu dalam hantaran di laman Facebooknya hari ini berterima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan yang diberikan sejak ia dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Januari lalu.

Infografik yang dikongsikan di laman Facebook PADU Official.

Menurut infografik yang turut dikongsikan bersama hantaran itu, tiga negeri mencatatkan jumlah pendaftar tertinggi adalah Selangor seramai 0.56 juta individu, diikuti Sarawak (0.48 juta) dan Johor (0.36 juta).

Orang ramai boleh mengemas kini maklumat mereka dalam sistem Padu menerusi laman sesawang www.padu.gov.my, sehingga 31 Mac ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI