fbpx

Siasatan Ratu Naga: Tiada pemindahan wang dikesan babit pegawai JPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam Baki (tengah) pada sidang akhbar selepas Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) kali-10 di Dewan Tun Hussien Onn, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Tiada pemindahan wang dikesan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mana-mana pegawai di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang diterima daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, terdapat tohmahan yang mendakwa terdapat pegawai di JPM kononnya mendapat wang kembali selepas memberikannya kepada sebuah NGO.

“Dana itu memang diberikan oleh kerajaan hasil permohonan NGO itu, dan (wang) masuk pada akaun (akaun bank NGO) itu.

“Siasatan telah dijalankan, berdasarkan laporan pegawai penyiasat, tiada indikator yang lead (membuktikan) kepada wang diberikan kepada pihak tertentu di JPM,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) Kali ke-10 di WTC, di sini, hari ini.

Tegas Azam, Ratu Naga termasuk beberapa saksi telah dipanggil untuk memberikan keterangan berhubung dakwaan itu.

“Saya nak betulkan kenyataan beberapa pihak dimana beliau (Ratu Naga) tidak ditangkap. Kita memanggil semua termasuk Ratu Naga untuk rakam percakapan.

“Siasatan dijalankan dengan saksi-saksi lain terlibat termasuk wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan,” katanya.

16 Februari lalu, SPRM menafikan Ratu Naga ditahan sebaliknya hanya dipanggil untuk memberi keterangan.

Azam Baki berkata aktivis politik itu disiasat berhubung dakwaan wanita itu menerima beberapa peratus hasil kutipan sumbangan yang diberikan kepada sebuah badan bukan kerajaan.

Dalam pada itu, Suaminya Ezad Zainal dilaporkan berkata, lima pegawai SPRM tiba di rumah mereka di Jalan Klang Lama sebelum pukul 9.30 pagi dan menggeledah kira-kira 20 minit.

Katanya, SPRM turut merampas telefon bimbit dan laptop serta membawa Syarul Ema ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI