fbpx

Pelaburan tahun lalu RM329.5 bilion tertinggi dalam sejarah – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Pelaburan Negara petang tadi.

PETALING JAYA – Majlis Pelaburan Negara memaklumkan Malaysia mencatatkan pelaburan diluluskan tertinggi dalam sejarah sebanyak RM329.5 bilion tahun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempengerusikan mesyuarat majlis itu petang tadi berkata, jumlah tersebut merupakan 23 peratus lebih tinggi berbanding tahun 2022.

Beliau berkata, daripada jumlah pelaburan itu, pelaburan asing merupakan penyumbang utama iaitu sebanyak 57.2 peratus ketimbang pelaburan domestik sebanyak 42.8 peratus.

“Prestasi cemerlang ini disokong lonjakan pelaburan domestik sebanyak 35.1 peratus bagi pelaburan domestik dan peningkatan sebanyak 15.3 peratus bagi pelaburan asing.

“Ini adalah satu petanda jelas bahawa dasar mesra pelaburan dan mesra perniagaan yang dilaksanakan menerusi pendekatan seluruh Kerajaan telah mula membuahkan hasil dalam meningkatkan keyakinan pelabur,”katanya di laman Facebook hari ini.

Anwar menambah, mesyuarat itu turut membincangkan hala tuju pelaburan digital negara selaras dengan perkembangan sektor ekonomi digital yang diunjur menyumbang sebanyak 25.5 peratus ketimbang 23.2 peratus pada 2021.

Jelasnya, antara 2021 hingga September 2023, sebanyak 396 projek berkaitan digital telah diluluskan dengan nilai pelaburan sebanyak RM128.9 bilion.

“Ia membabitkan sektor pusat data, pengkomputeran awan, pengehosan data, analisis data besar, dan kecerdasan buatan.

“Pelaburan dalam projek digital ini dijangka mewujudkan 36,553 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

“Kehadiran syarikat-syarikat digital terkemuka dunia dan peneraju pasaran global di Malaysia juga memberi isyarat penting bahawa Malaysia mempunyai tarikan dan ekosistem pelaburan yang kondusif untuk pelaburan digital,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI