fbpx

Negara tanggung kerugian RM4.5 juta ekoran ketirisan 3 juta liter diesel setiap hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan

KOTA KINABALU – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali memaklumkan sebanyak RM4.5 juta kerugian terpaksa ditanggung negara ekoran ketirisan 3 juta liter diesel setiap hari disebabkan penyeludupan ke luar negara.

Beliau berkata, jumlah terbabit diperolehi hasil kajian yang diterbitkan Majlis Perniagaan EU-Asean di peringkat antarabangsa.

“Walaupun tidak disebut dalam kajian yang dilakukan, tetapi antara isu penyeludupan di Malaysia ini melibatkan diesel,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Penutupan Bengkel Penyelarasan Tanggungjawab Membanteras Ketirisan Barang kawalan Bersama Agensi Penguatkuasaan Negeri Sabah hari ini.

Mengulas mengenai penganjuran bengkel berkenaan, Armizan berkata, bengkel tersebut diadakan bagi memperkukuhkan penyelarasan dan kerjasama dalam penguatkuasaan membanteras ketirisan barang kawalan.

Beliau berkata, ia meliputi pelbagai aspek seperti keperluan logistik semasa tangkapan dan sitaan, bantuan keselamatan, perkongsian maklumat dalam dan serahan kes daripada pelbagai agensi kepada Bahagian Penguat Kuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI