fbpx

Wanita rugi RM55,000 rumah disamun dua lelaki bertopeng hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TANJUNG MALIM – Seorang wanita berusia 59 tahun kerugian RM55,000 dalam kejadian samun melibatkan dua suspek lelaki bersenjatakan sebilah parang dan sebatang kayu di rumahnya di Bandar Behrang 2020, Behrang Stesen di sini pada pukul 6.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd. Hasni Mohd. Nasir berkata, semasa kejadian, mangsa tinggal bersama tiga orang anak asuhannya yang berusia sekitar enam hingga 10 tahun.

“Mangsa ingin ke dapur rumahnya sebelum terdengar pintu pagar rumah dibuka oleh kedua-dua suspek lengkap bertopeng hitam serta bersenjatakan sebilah parang dan sebatang kayu.

“Kedua-dua suspek kemudian menggeledah rumah mangsa sebelum mengambil beg duit yang mengandungi wang tunai RM5,000 dan barang kemas dianggarkan bernilai RM50,000.

“Kemudian, kedua-dua suspek melarikan kereta dan telefon bimbit mangsa sebelum dijumpai semula di Taman Wangsa Behrang.

“Polis giat untuk mengesan kedua-dua suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini.

Mangsa yang tidak bekerja dan tiga anak asuhannya tidak mengalami sebarang kecederaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI