fbpx

Trak pikap terbabas dalam air selepas pemandu terlelap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH trak pikap terbabas ke dalam sebuah kawasan berair dekat daerah Mueang Chonburi, kelmarin. - Foto TMN Cable TV Pattaya

BANGKOK – Seorang lelaki nyaris cedera parah selepas trak pikap dipandunya terbabas dan terhumban ke dalam sebuah kawasan berair di tepi jalan, lapor portal berita The Pattaya Daily News hari ini.

Kemalangan itu berlaku kelmarin  di sebatang jalan dekat daerah Mueang Chonburi selepas pemandunya terlelap ketika memandu.

Polis dan pasukan penyelamat bergegas ke tempat kejadian dan mendapati terdapat sebuah trak pikap berwarna putih tenggelam di kawasan berair.

Bagaimanapun, pemandunya yang dikenali sebagai Thaweesap Kulbutr, 51, berjaya dikeluarkan oleh orang ramai sebelum polis tiba di lokasi kejadian. 

Dia  tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Polis masih melakukan siasatan tetapi percaya mengantuk menjadi punca nahas itu berlaku. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI