fbpx

Terlalu banyak kenangan bersama arwah Taib Mahmud – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Taib

KUALA LUMPUR – Bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud seorang yang mudah didekati dan sentiasa istiqomah menyantuni masyarakat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, terlalu banyak kenangan beliau bersama Allahyarham Abdul Taib.

“Saya ucapkan takziah buat keluarga Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud, mantan Ketua Menteri Sarawak dan Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang kembali ke rahmatullah pagi tadi.

“Satu kehilangan besar buat rakyat Malaysia khususnya rakyat Sarawak kerana beliau memainkan peranan yang cukup penting dalam mentadbir dan memacu kejayaan Sarawak sehingga kini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Ahmad Zahid berkata, beliau medoakan semoga Allah S.W.T menerima segala amal bakti Allahyarham dan menempatkan Allahyarham dalam kalangan insan soleh serta beroleh jannah.

Abdul Taib meninggal dunia sekitar jam 4.40 pagi tadi di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI