fbpx

Sarawak isytihar tempoh berkabung 2 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Taib

KUCHING – Kerajaan Sarawak mengistiharkan tempoh berkabung di seluruh negeri bermula hari ini serta esok dan bendera dinaikkan separuh tiang, sebagai penghormatan kepada bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang meninggal dunia awal pagi tadi.

Kerajaan Sarawak menerusi satu kenyataan berkata, sebarang acara rasmi yang melibatkan hiburan hendaklah ditangguhkan.

“Masjid dan rumah ibadah adalah digalakkan mengadakan majlis doa bagi memperingati pemergian Tun Taib.

“Kerajaan Sarawak merakamkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham,” katanya.

Abdul Taib disahkan meninggal dunia kira kira pukul 4.40 pagi tadi di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Jenazah dijangka tiba petang ini dan akan dibawa terus ke rumah beliau di Demak Jaya, Jalan Bako.

Dalam pada itu, jenazah juga akan akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) esok, dengan orang ramai boleh memberi penghormatan terakhir mulai pukul 8 pagi hingga 11.30 pagi sebelum dikebumikan di sebelah pusara isteri pertamanya, Toh Puan Laila Taib di perkuburan keluarga mereka di Demak Jaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI