fbpx

Hanya 505 individu carum skim suri rumah di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail (dua kanan) menyampaikan sumbangan Perkeso kepada Riduan (empat kiri) di Kampung Parit 10 Gambut, Sungai Besar, Selangor hari ini. -FOTO ISKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO!

SABAK BERNAM – Hanya lima peratus suri rumah di Selangor bersamaan 505 orang telah mencarum dalam Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) setakat ini.

Jumlah itu masih terlalu rendah berbanding 12,984 pencarum yang direkodkan sepanjang tahun lalu.

Pengarah Perkeso negeri, Ismail Abi Hashim berkata, jumlah tersebut direkodkan setakat semalam sejak ia diperkenalkan kerajaan pada tahun 2022.

“Kita berharap jumlah itu akan meningkat dengan sasaran seramai 30,000 suri rumah layak mendaftar SKSSR tahun ini,” katanya ketika ditemui pada program penyerahan Skuad Prihatin Perkeso di rumah waris pencarum di Kampung Parit 10 Gambut, Sungai Besar di sini, hari ini.

Beliau menyerahkan bayaran faedah pengurusan mayat kepada Muhamad Riduan Yahya, 49, suami kepada Allahyarham isterinya, Asmahwati Yaakob, 44, yang meninggal dunia akibat serangan jantung.

Tambah Ismail, pihaknya telah membuat pembayaran faedah sebanyak RM46,000 kepada Suri Rumah Berinsurans (SRB) menerusi SKSSR tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI