fbpx

Crockfords kekalkan Anugerah 5 Bintang Forbes Travel Guide 6 tahun berturut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Crockfords merupakan satu-satunya hotel di Malaysia yang menerima anugerah berkenaan di antara 340 hotel dan hartanah mewah di seluruh dunia.

PETALING JAYA – Resort World Genting (RWG) sekali lagi dinobat sebagai antara hotel dan hartanah paling cemerlang di dunia dengan mengekalkan penarafan lima Bintang Forbes Travel Guide, tahun keenam berturut-turut.

Naib Presiden Operasi Hotel RWG, David Leung Ming Sum, berkata, Crockfords merupakan satu-satunya hotel di Malaysia yang menerima anugerah berkenaan di antara 340 hotel dan hartanah mewah di seluruh dunia.

Selain itu katanya, daripada 1,443 hartanah di seluruh dunia yang disenaraikan oleh Forbes Travel Guide (FTG) tahun ini, RWG, Genting Grand diiktiraf sebagai Hartanah empat Bintang Forbes dan Hotel Highlands sebagai Hartanah Forbes Disyorkan, tujuh tahun berturut-turut.

“Dinilai ketat melalui 900 piawaian oleh pemeriksa pakar FTG, sesebuah hotel mesti menawarkan perkhidmatan luar biasa untuk memenuhi syarat penarafan lima bintang,” katanya dalam satu kenyataan.

Hotel berkenaan menawarkan pemandangan hutan hujan dan landskap pergunungan di semua 177 bilik yang terdiri daripada 3 Villa, 19 Suite Signature dengan tiga tema unik, 13 Suite Junior dan 142 bilik Superior.

Semua suite di Crockfords menonjolkan kemewahan moden serta mempunyai mandian wap peribadi di dalam bilik dan tandas dengan marmar Calacatta Yunani yang mewah, direka khas untuk Crockfords.

Teknologi canggih juga disediakan di dalam bilik untuk memastikan kemudahan dan keselesaan dengan sentuhan butang.

Tetamu akan disambut ke lobi yang luas yang dipenuhi dengan pokok emas, perabot marmar mewah serta arca dan pameran seni indah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI