fbpx

Mayat wanita ditemui dalam kereta berkunci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba membantu membuka pintu kereta yang berkunci dari dalam di kawasan tempat letak kenderaan HRPB Ipoh hari ini. - Foto IHSAN JBPM

IPOH – Mayat wanita ditemukan dalam kereta berkunci di kawasan tempat letak kenderaan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyalamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 6.07 petang.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati terdapat sebuah kereta Toyota Camry yang berkunci dari dalam dengan seorang wanita dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Kerja-kerja membuka pintu segera dijalankan menggunakan peralatan khas.

“Mangsa yang berada di tempat duduk belakang diberikan rawatan awal oleh pegawai perubatan, namun wanita berusia 20 tahun itu disahkan telah pun meninggal dunia,” katanya.

Menurut beliau, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada pukul 6.53 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI