fbpx

Wanita wajah pucat menyeringai dalam gambar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Netizen cuba menepis dakwaan gambar ini yang dikatakan hasil daripada suntingan. – TikTok

JAKARTA  – Sekumpulan pelajar sekolah menengah di Tasikmalaya, wilayah Jawa Barat terkejut melihat  gambar yang dirakam untuk disiarkan  dalam buku tahunan sekolah menampilkan imej seorang wanita misteri, lapor portal berita Okezone.

Ketika kejadian baru-baru ini, pelajar Sekolah Menengah Atas Negeri 3 Kota Tasikmalaya, sedang mengadakan sesi fotografi di sebuah kawasan hutan, seiring dengan tema yang dipilih.

Daripada sejumlah gambar yang dirakam, sekeping gambar ternyata mengejutkan mereka apabila wanita berwajah pucat dan memegang bunga dilihat berdiri di sebelah salah seorang pelajar perempuan.

Wanita berambut panjang itu menyeringai sambil memakai pakaian  putih dan kelihatan lusuh.

“Tiba-tiba dapat mesej daripada jurugambar yang bertanya ‘ini siapa’. Kami baru sedar bahawa semua pelajar perempuan wajib memakai tudung ketika bergambar. Siap ada bunga lagi,” kata salah seorang pelajar terbabit.

Klip video mengenainya menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen dengan ramai mendakwa bahawa foto tersebut telah disunting.

“Mungkin jurugambarnya menyunting gambar menggunakan aplikasi Photoshop untuk menakut-nakutkan anda semua,” kata seorang netizen.

“Ia jelas disunting,” kata netizen  lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI