fbpx

Van ‘terbang’ tersangkut atas pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan ini dilaporkan terpelanting kira-kira 10 meter. – Istimewa

JAKARTA – Sebuah van terpelanting sejauh 10 meter sebelum tersangkut di atas dahan pokok dalam nahas jalan raya di Babadan, wilayah Jawa Timur, lapor laman berita Tribunnews kelmarin.

Dalam kejadian tersebut, pemandunya dikatakan mengantuk sebelum hilang kawalan selepas melihat orang melintas jalan.

Kenderaan itu terbabas dan terpelanting dari jalan utama  berhampiran kawasan sawah padi sejauh 10 meter sebelum tersangkut pada dahan pokok.

Kawasan sawah padi itu tidak mengalami sebarang kerosakan, manakala tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI