fbpx

Pasangan warga emas cedera disamun empat lelaki berparang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

ALOR GAJAH – Pasangan suami isteri warga emas cedera dalam kejadian samun oleh empat lelaki bersenjatakan parang di rumah mereka di Jalan Solok Uban, Kampung Brisu, Simpang Ampat, di sini semalam.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki berusia 60-an cedera pada bahagian belakang manakala isterinya yang berusia 70-an cedera di bahagian tangan dan dirawat di Hospital Alor Gajah.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Suprintendan Arshad Abu berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus laporan diterima Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah kira-kira pukul 11.40 malam.

Katanya, hasil siasatan mendapati suspek menggunakan kereta jenis Honda City warna perak dan nombor pendaftaran kenderaan itu tidak dapat dipastikan.

“Pemeriksaan di sekitar lokasi kejadian telah menjumpai seorang lelaki sedang bersembunyi di dalam semak di tepi sebuah rumah kosong yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah mangsa. Berlaku pergelutan semasa hendak menahan lelaki tersebut.

“Polis kemudian menjumpai satu beg pakaian milik mangsa dan bertindak merampas pakaian serta senjata yang digunakan suspek ketika samun. Suspek kemudian dibawa ke IPD Alor Gajah untuk reman dan soal siasat,” katanya kepada pemberita.

Tambahnya, semakan mendapati suspek mempunyai 17 rekod berkaitan dadah dan lima rekod jenayah lampau selain positif dadah jenis syabu.

“Hasil soal siasat suspek mengaku terlibat dalam kejadian samun itu bersama tiga lagi rakan sejenayah yang masih bebas. Pihak polis sedang giat mengesan kesemua suspek yang terlibat,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI