fbpx

Anwar lawat Rafizi sakit di hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika melawat Rafizi di sebuah hospital. - FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menziarahi Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang kini sedang dirawat di sebuah hospital.

Anwar dalam hantaran di Facebooknya turut mendoakan Ahli Parlimen Pandan itu diberikan kesembuhan dengan segera.

“Berkesempatan ziarahi Menteri Ekonomi, saudara Rafizi Ramli yang sedang dirawat di hospital.

“Alhamdulillah keadaan beliau bertambah baik. Mendoakan saudara Rafizi diberikan afiyah sesegera mungkin, insya-Allah,” katanya.

Anwar bagaimanapun tidak menyatakan tarikh, waktu serta hospital yang menjalankan rawatan terhadap Rafizi.

Terdahulu, Rafizi pernah dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada Oktober lalu selepas mengalami serangan jantung.

Bagaimanapun, keadaannya dilaporkan stabil selepas mendapatkan rawatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI