fbpx

59 PATI dicekup di Seremban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 59 pendatang asing tanpa izin (PATI) dicekup pihak berkuasa di pusat bandar ini dalam operasi bersepadu semalam. FOTO/ NOR AINNA HAMZAH

SEREMBAN – Seramai 59 pendatang asing tanpa izin (PATI) dicekup pihak berkuasa di pusat bandar ini dalam operasi bersepadu membabitkan Jabatan Imigresen (JIM), polis, dan Majlis Bandaraya Seremban (MBS), di sini, semalam.

Pengarah JIM Negeri Sembilan, Kennith Tan Ai Kiang berkata, operasi yang bermula pukul 5 petang dan berakhir 8 malam itu melibatkan seramai 18 orang pegawainya selain 150 orang pegawai serta anggota polis dan 16 orang pegawai serta anggota MBS.

Menurut beliau, operasi berkenaan telah dijalankan di sekitar bandaraya Seremban yang telah dikenal pasti sebagai kawasan ‘hotspot’.

“Hasil daripada operasi yang dilaksanakan, seramai 961orang dari pelbagai warganegara diperiksa. Daripada jumlah yang diperiksa ini, seramai 59 orang PATI telah ditahan atas pelbagai kesalahan Imigresen.

“PATI yang ditahan terdiri daripada warga Bangladesh seramai 20 orang lelaki, diikuti dengan Myanmar seramai 19 orang lelaki, seorang wanita dan seorang kanak – kanak lelaki, Pakistan empat orang lelaki, Nepal enam orang lelaki dan tiga orang wanita dan seterusnya seorang wanita Indonesia, dua orang lelaki warganegara India, seorang wanita warganegara China dan seorang wanita Uganda,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Kennith, mereka yang ditahan berusia di antara 16 ke 48 tahun dan kesemua tahanan di tempatkan di Depot Imigresen Lenggeng untuk tindakan lanjut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI