fbpx

Ugutan bunuh Nik Elin: Polis terima lima laporan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin berucap pada sidang akhbar selepas membuat lawatan di kuarters Bridged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Sebanyak lima laporan polis diterima berhubung kes ugutan bunuh terhadap peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid susulan tindakannya mencabar peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kesemua laporan tersebut dibuat di ibu negara setakat semalam.

“Kita pantau kes ini dari Sabah sampai ke Perlis. Laporan yang kita terima hanya di Kuala Lumpur yang mana empat daripada dibuat di (balai polis) Hartamas dan satu di (Balai Polis) Jinjang,” katanya pada sidang akhbar selepas lawatan di kuarters Bridged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Cheras, di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Jelas beliau, setakat ini, masih belum terdapat sebarang tangkapan dilakukan dan pihak polis masih mengesan individu yang melakukan ugutan tersebut.

Sebelum ini Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 8-1 pada Februari 9 lalu memutuskan 16 kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah batal dan tidak sah.

Keputusan bersejarah itu disampaikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel sembilan anggota selepas membenarkan permohonan dua wanita Islam bagi mencabar isu perlembagaan untuk membatalkan 18 peruntukan kesalahan di bawah enakmen tersebut.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI