fbpx

Rokok, arak bernilai RM840,000 dirampas PPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan yang berjaya dirampas PPM.

PAPAR – Sebanyak 505 karton minuman keras serta 101 kotak rokok pelbagai jenama bernilai RM840,000 dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) dalam serbuan ke atas sebuah lori tanpa pemilik di kawasan lapang Kampung Mikik kelmarin.

Dalam rampasan sempena Op Landai Gelora kira-kira pukul 7 malam itu, penyeludup menjadi lori rosak yang diletakkan di kawasan terbabit sebagai modus operandi bagi mengaburi pihak berkuasa.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata, pihaknya dengan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) membuat serbuan atas maklumat dan risikan sebelum menemui sebuah lori kontena rosak dalam keadaan berkunci yang diletakkan di kawasan lapang tanpa pemilik.

“Pasukan serbuan kemudiannya membuka lori kontena berkenaan menggunakan pemotong besi dan menemui sejumlah rokok serta minuman keras pelbagai jenama disyaki tidak mempunyai cukai.

“Rampasan terdiri 505 karton minuman keras dan 101 kotak rokok pelbagai jenama. Jumlah keseluruhan rampasan bernilai RM840,000.

“Siasatan mendapati lori rosak itu dipercayai digunakan bagi menyimpan minuman keras mahupun rokok tanpa cukai sebelum dijual ke pasaran,” katanya ketika dihubungi hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI