fbpx

Penumpang China cuba seludup keluar RM170,000 ke Bangkok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian wang tunai yang dirampas oleh JKDM di KLIA Terminal 1 baru-baru ini

PUTRAJAYA – Taktik seorang warga China membawa wang berjumlah RM170,000 dalam beg galas untuk dibawa keluar dari Malaysia terbongkar apabila ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang pada 27 Januari lalu.

Pengarah Operasi Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Zon Tengah, Wong Pun Sian berkata, penahanan ke atas lelaki asing itu dibuat pihaknya dengan kerjasama Aviation Security Malaysia.

“Penumpang itu mahu berlepas dengan menaiki penerbangan dari Terminal 1 ke Lapangan Terbangsa Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok.

“Hasil imbasan ke atas beg galas yang dibawanya mendapati terdapat wang dimuatkan di dalam beg tersebut. Pemeriksaan lanjut menemukan wang kertas not RM100 sebanyak 1,700 helai,” katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi

Menurut beliau, penumpang tersebut juga gagal mengikrar Borang Kastam No. 7 dan permit kebenaran daripada Bank Negara Malaysia.

“Ini merupakan kes penyeludupan matawang Ringgit Malaysia pertama bagi tahun 2024 melibatkan penumpang antarabangsa ke luar negara melalui Balai Berlepas KLIA 1,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 28B Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram.

“Jika disabitkan kesalahan, lelaki itu boleh didenda tidak melebihi RM3 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI