fbpx

Sultan Nazrin berkenan terima zakat perniagaan RM1.3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Nazrin (kanan) dalam majlis penyerahan zakat korporat di Istana Perak, Changkat Persekutuan, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini. - Foto IHSAN MAIPK.

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM1,317,554 dalam satu majlis penyerahannya melibatkan tiga buah syarikat korporat di Istana Perak, Changkat Persekutuan, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini.

Pegawai Yang Menjalankan Tugas Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Wan Maizura Wan Zahari berkata, penyerahan zakat perniagaan tersebut didahului oleh CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB).

Katanya, bank berkenaan diwakili oleh Pegawai Kanan Perbankan, Kumpulan Perbankan Borong CIMB, Zainul Bahrin Hashim dengan bayaran berjumlah RM600,000.

“Ia disusuli oleh Telekom Malaysia (TM) yang diwakili oleh Pengurus Besar Regulatory & Engagement TM Perak, Badrul Hisham Bahari dengan jumlah RM542,590,” katanya di sini hari ini.

Seterusnya, menurut Wan Maizura, turut menunaikan zakat perniagaan ialah THP Utara Facilities Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Pengerusinya, Datuk Syed Naqiz Shahabuddin Syed Abdul Jabbar sebanyak RM174,964.

Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Mohd. Annuar Zaini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI