fbpx

Pemandu lori maut langgar anjing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOTOSIKAL yang ditunggang oleh Allahyarham Kamaruzaman Abdullah yang terlibat dalam kemalangan dengan seekor anjing di Kilometer 6.2 Jalan Parit Masjid-Parit Selangor di Kampung Parit Kassim, di Pontian, malam semalam.

PONTIAN – Seorang pemandu lori maut selepas motosikal ditunggang terbabas akibat melanggar seekor anjing di Kilometer 6.2 Jalan Parit Masjid – Parit Selangor di Kampung Parit Kassim di sini malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.40 malam itu, mangsa yang dikenali sebagai Kamaruzaman Abdullah, 36, beralamat di Kampung Sawah, Pekan Nanas.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan seorang diri dari Kampung Parit Selangor ke Bandar Pontian.

“Kami menerima laporan kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 berwarna kuning ditunggang oleh seorang lelaki melayu menuju ke Pontian.

“Apabila sampai di Kampung Parit Kassim, mangsa dipercayai melanggar seekor anjing menyebabkannya hilang kawalan lalu terbabas masuk ke dalam parit yang tidak berair disebelah kanan jalan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambah Mohammad Shofee, akibat kemalangan tersebut, mangsa mendapat kecederaan di bahagian badan dan peha meninggal dunia ditempat kejadian sebagaimana disahkan oleh Pegawai Perubatan.

“Mayatnya telah dihantar di bahagian Forensik Hospital Pontian untuk pengendalian bedah siasat bagi mengetahui punca kematian. Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan 1987 dan siasatan masih diteruskan,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI