fbpx

Zizan Razak bercinta dengan ‘influencer’ bernama Nureen?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZIZAN dikatakan sedang mengenali hati budi seorang wanita bernama Nureen.

PETALING JAYA – Sering dikaitkan dengan selebriti wanita, kini pelawak Zizan Razak didakwa intim dengan seorang pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Nureen.

Difahamkan, Zizan dan wanita cantik manis yang kerap menjadi model pakaian muslimah itu sudah saling mengenali kira-kira dua tahun lalu.

Meskipun tidak berkongsi foto di mana-mana platform, mereka kerap dilihat menghadiri pelbagai acara dan meluangkan masa bersama-sama.

Usaha Kosmo! Online untuk mengesahkan gerangan wanita itu di hati Zizan atau nama lengkapnya Mohd. Razizan Abdul Razak, 40, gagal apabila dia tidak menjawab panggilan telefon mahupun membalas mesej.

Berdasarkan pemerhatian, anak kelahiran Terengganu itu turut menjadi antara pengikut Nureen dalam Instagram.

Sebelum ini, Zizan akui sudah bersedia menamatkan zaman bujang tetapi tidak berjumpa dengan wanita sesuai untuk dijadikan suri hati.

Dalam masa sama, pelakon filem Polis Evo 3 itu sering dikaitkan dengan selebriti wanita lain tetapi hubungan tidak berpanjangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI