fbpx

[VIDEO] ‘Dapat gaji RM4,000 semua kirim kampung, saya hanya simpan RM200’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik di akaun TikTok.

PETALING JAYA – Terpamer senyuman kegembiraan di wajah seorang warga asing apabila menerima gaji setelah membanting tulang bekerja sebagai kontraktor di sebuah tapak pembinaan.

Menerusi video yang dimuat naik @anuarnazif di TikTok, lelaki dipercayai warga Bangladesh itu kelihatan gembira menunjukkan gajinya yang berjumlah sebanyak RM4,200.

Namun begitu, katanya yang berbaju warna merah jambu dia hanya menyimpan sebanyak RM200 sahaja untuk keperluan makan dan minum manakala selebihnya akan dikirim ke kampung.

“Satu bulan saya kerja dapat RM4,200. Bos saya sudah kasi saya itu wang. Tapi semua saya kirim kampung, RM200 sahaja saya ambil.

“Saya baju tak ada beli, seluar tak ada beli. Semua duit hantar sama kampung,” katanya.

Di dalam video tersebut juga kelihatan rakannya berbaju warna oren turut tersenyum gembira menunjukkan gaji yang diterima dalam bentuk wang tunai.

Difahamkan kedua-dua warga Bangladesh itu bekerja di tapak perumahan baru yang terletak di Johor Bahru.

Sehingga kini, video tersebut mendapat 247,500 tontonan, 10,500 tanda suka dan 566 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen ramai yang kagum dengan kesungguhan mereka untuk bekerja demi memastikan keluarga di kampung terjaga dengan baik.

“Kadang-kadang kesian tengok dorang kerja keras demi menyara keluarga dekat kampung. Moga rezeki mereka diperluaskan,” komen Naz.

“Saya hormat orang macam ni walaupun penat kerja tengah panas tetapi masih kerja untuk dapatkan rezeki. Siapa sahaja yang sanggup kerja tengah panas,” komen Amir.

Dalam masa yang sama ada juga pengguna yang turut terkejut dengan jumlah gaji mereka yang boleh dikatakan lebih tinggi daripada graduan lepasan universiti baru.

“Peh gaji dia lagi besar daripada ‘fresh graduate’. Aku nak dapat RM4,000 pun sakit,” komen Wan. – KOSMO! ONLINE

@anuarnazif Kehidupan di tapak bina.. usaha tawakal rezeki di tangan Allah.. #sireh #fyp #construction #bangla #malaysia ♬ Jazallohu Anna – Mudrika bg

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI