fbpx

Cuti sekolah: Lebuh raya utama masih lagi sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trafik perlahan di beberapa laluan melibatkan lebuh raya utama negara ketika ini. - LLM

PETALING JAYA – Beberapa laluan di Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Tambak Johor masih lagi sesak ketika ini meskipun cuti sempena perayaan Tahun Baharu Cina sudah tamat kelmarin.

Bagaimanapun, orang ramai dilihat mengambil peluang melanjutkan cuti disebabkan cuti persekolahan masih lagi berjalan sehingga awal bulan Mac.

Semakan Kosmo! di Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) hari ini, di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, trafik perlahan selepas plaza tol Sungai Besi arah pusat bandaraya dan Putra Mahkota ke Bangi.

Sementara itu, bagi arah selatan pula, keadaan trafik dilaporkan perlahan melibatkan laluan Changkat Jering ke Kuala Kangsar, Seberang Jaya ke Juru Gopeng ke Tapah dan Bidor ke Sungkai.

LLM turut melaporkan keadaan semasa di Lebuh Raya KLK yang menunjukkan peningkatan jumlah kenderaan sejak pukul 10.45 pagi tadi.

“Peningkatan jumlah trafik di Plaza Tol Gombak arah timur. Trafik masih bergerak lancar di sepanjang Lebuh raya KL-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1,” lapor LLM.

Sehubungan itu, LLM mengingatkan pengguna lebuh raya untuk berhati-hati ketika memandu.

“Cuaca baik. Berhati-hati memandu,” pesannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI