fbpx

BATC 2024: Skuad lelaki tepati ramalan ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA menyumbang mata pertama ketika membantu skuad negara menewaskan Kazakhstan 5-0 pada aksi Kumpulan B saingan BATC 2024 di SCCC, Shah Alam sebentar tadi. - Amir Khalid

SHAH ALAM – Skuad badminton lelaki negara meneruskan rentak cemerlang pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 apabila mudah membenam Kazakhstan 5-0 dalam aksi Kumpulan B sebentar tadi.

Kemenangan yang diraih pada perlawanan di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Shah Alam itu memastikan Malaysia meraih slot ke pusingan suku akhir selepas turut menewaskan Brunei semalam.

Pada perlawanan kedua Kumpulan B itu, Malaysia memastikan mata pertama menerusi perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia yang menewaskan Dmitriy Panarin dalam aksi straight set 21-11, 21-10.

Leong Jun Hao yang turun selaku perseorangan kedua menggandakan kedudukan pasukan negara apabila menang 21-8, 21-11 ke atas Ibray Bayken manakala mata ketiga Malaysia disumbangkan Eogene Ewe selepas menewaskan Makhsut Tajibullayev 21-7, 21-9.

Beregu lelaki, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri meletakkan Malaysia 4-0 di hadapan apabila hanya memerlukan masa 18 minit untuk mencatat kemenangan straight set 21-10, 21-9 ke atas Ratmir Gilmanov-Bayken.

Melengkapkan kemenangan bergaya Malaysia pada perlawanan itu adalah gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang menewaskan Khaitmurat Kulmatov-Tajibullayev menerusi kemenangan 21-6, 21-2.

Meskipun sudah mengesahkan tempat ke suku akhir, namun Malaysia berdepan tugas sukar menjelang aksi penentuan juara Kumpulan B menentang Taiwan yang dijadualkan berlangsung esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI