fbpx

Semak semula peraturan, pekeliling lapuk- KSN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zuki

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali mahu peraturan dan pekeliling lapuk yang masih terpakai dalam perkhidmatan awam ketika ini ditambah baik supaya sesuai dengan kehendak semasa.

Justeru, katanya, beliau mengarahkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri supaya dapat menyemak semula perkara itu.

“Saya beri tempoh sebulan kepada mereka (KPPA, KSP dan KP ICU) hantar balik (semak dan kaji) kepada saya mana-mana pekeliling boleh ditambah baik. Sebab itu, kadangkala kita susah hati kerana dah bertahun-tahun kita guna peraturan lama dan ia tidak lagi sesuai dengan kehendak zaman dan semasa.

“Kadangkala kita mahu gerak, tetapi tangan kita diikat oleh peraturan dan pekeliling. Saya harap selepas ini saya dapat pantau perkara ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara Tahun 2024, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Zuki berkata, beliau mahu pegawai atasan di peringkat kementerian dan jabatan serta agensi supaya sentiasa turun padang dan membuat lawatan mengejut bagi menilai perkembangan setiap projek pembangunan.

Sementara itu, beliau memaklumkan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kini di peringkat akhir kajian pelaksanaan Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sebelum ia dibawa kepada Jemaah Menteri untuk dimuktamadkan.

Beliau berkata, ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) diberikan peruntukan untuk melantik penjawat awam baharu secara kontrak dahulu mungkin setahun atau setahun setengah. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI