fbpx

Cuaca baik hampir seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) petang ini melaporkan keadaan cuaca cerah dengan hanya beberapa tempat sahaja mengalami hujan.

MetMalaysia dalam laporan cuacanya berkata, ketika ini seperti diramalkan hujan di satu, dua tempat sedang berlaku melibatkan pedalaman di Semenanjung Malaysia iaitu di kawasan pedalaman Kelantan, Terengganu, Pahang dan Negeri Sembilan.

Katanya, hujan turut berlaku di bahagian Barat Johor yang dijangkakan akan beransur dalam tempoh dua hingga ke tiga jam lagi.

“Sementara itu, bagi negeri-negeri lain petang ini, tiada hujan berlaku. Bagi Sabah dan Sarawak, dilaporkan tiada hujan berlaku di negeri Sabah petang ini.

“Keadaan agak berbeza di Sarawak apabila hujan sedang berlaku di satu, dua tempat melibatkaan kebanyakan bahagian di Sarawak terutama di bahagian Selatan. Dijangkakan keadaan itu boleh berlarutan sehingga malam nanti,” katanya di sini tadi.

Sementara itu, MetMalaysia memaklumkan terdapat tiga kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 1 (Berjaga-jaga) bagi Status Cuaca Panas.

“Setakat pukul 4 petang tadi, terdapat tiga daerah diletakkan pada tahap berjaga-jaga iaitu di Pulau Langkawi dan Yan Kedah, manakala di Pulau Pinang pula melibatkan Seberang Perai Utara.

“Ketiga-tiga daerah terbabit mencapai suhu melebihi 35 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut,” ujarnya.

Dalam pada itu katanya, rantau negara kini masih lagi menerima pengaruh angin yang agak dominan dari arah timuran dengan kelajuan sederhana sekitar 20 hingga 30 kilometer sejam (km/j).

“Tetapi, di kawasan perairan pula angin terus bertiup dengan agak kencang sekitar 40 hingga 60km/j dan ketinggian ombak boleh mencapai 4.5 meter.

“MetMalaysia masih mengekalkan amaran angin kencang serta laut bergelora yang pertama di sebahagian besar kawasan perairan di Laut China Selatan. Amaran berkenaan turut melibatkan kawasan perairan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak dan Barat Sabah,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI