fbpx

Misya, Aslam makan semeja, netizen pertikai kenapa kahwin dua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Madu Marissa Dania Hakim iaitu Misya Mazlan sekali lagi menjadi bualan ramai apabila tular sebuah video memaparkan dia bersama suaminya, Ahmad Aslam makan semeja di sebuah restoran.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @ladybossrafa_hq, kelibat Aslam hanya muncul beberapa saat.

Difahamkan, kehadiran Aslam dilihat menemani Misya membeli satu produk suplemen makanan.

“Beri kata-kata semangat buatnya,” tulis pemilik akaun berkenaan dalam ruangan kapsyen.

Menjengah dalam ruangan komen, rata-rata netizen ingin mendapatkan kepastian sama ada lelaki tersebut adalah Aslam yang menjadi sebutan ramai.

“Alahai itu Aslam ke? Marissa bukan main lawa.

“Misya pun semakin cantik dan yang rugi hanya Aslam.

“Sesuai sangat dah tapi kenapa nak kena ada yang ketiga,” kata netizen.

Terdahulu, kakak ipar kepada Aslam mengesahkan adik iparnya sudah berkahwin dengan Marissa pada 27 Disember lalu di Songkhla, Thailand.

Pasangan itu dikatakan mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan isteri pertama, Misya dan keluarga Marissa.

Bagaimanapun, sehingga hari ini ibu bapa Marissa iaitu pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim masih kekal mengunci mulut tanpa mengesahkan mengenai dakwaan pernikahan tersebut sehingga hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI