fbpx

M16 meletup sendiri, tiga anggota polis cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Tiga anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama cedera selepas selaras senapang M16 yang berada di dalam lori Polis Diraja Malaysia (PDRM) meletup secara tiba-tiba.

Difahamkan, dua daripada anggota polis yang cedera berada di luar kenderaan tersebut, manakala seorang lagi duduk di bahagian belakang lori berkenaan.

Kesemua mangsa yang mengalami kecederaan dihantar ke Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan.

Kejadian itu dipercayai belaku selepas mereka selesai menjalani latihan menembak di Lapang Sasar, Batalion 2, Pasukan Gerakan Am di Kulim, Kedah pada Jumaat lalu

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri mengesahkan insiden itu dan memberitahu kenyataan penuh akan dikeluarkan pihaknya sebentar lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI