fbpx

Enam kanak-kanak cemas sofa rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enam kanak-kanak yang diselamatkan bomba dalam kejadian kebakaran sofa di Apartmen Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya, pagi tadi.

PETALING JAYA – Enam kanak-kanak berdepan detik cemas apabila sofa di dalam kediaman mereka terbakar dalam kejadian di Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, pagi tadi.

Kejadian yang berlaku pada pukul 11.15 pagi itu bagaimanapun berjaya dikawal tiada kecederaan berlaku pada mangsa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sebuah jentera dan lapan anggota keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh digerakkan selepas menerima maklumat kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan sebuah sofa di ruang tamu rumah apartmen tersebut namun tidak melibatkan struktur bangunan.

“Terdapat enam orang mangsa, empat orang kanak-kanak perempuan dan dua orang kanak-kanak lelaki terperangkap di dalam rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mukhlis, keenam-enam mangsa berjaya diselamatkan oleh pihak bomba dan kesemua mereka dalam keadaan selamat.

“Kejadian membabitkan kanak empat kanak-kanak perempuan berusia dua tahun hingga 11 tahun dan dua kanak-kanak lelaki kembar berusia lima tahun.

“Ketika kejadian, ibu bapa mangsa ke hospital kerana bapa mangsa ada masalah sakit jantung, kesemua kanak-kanak itu diserahkan semula pada keluarganya,” kata beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI