fbpx

Wanita lemas tanpa pakaian ditemui di Pandan Lake View

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba membawa keluar mayat mangsa di Pandan Lake View, Pandan Perdana, Ampang, pagi tadi.

AMPANG JAYA – Seorang wanita ditemui lemas dalam keadaan tidak berpakaian di Pandan Lake View, Pandan Perdana, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya meneria laporan mengenai kejadian itu pada pukul 8.13 pagi.

“Menurut saksi kejadian yang berada di kawasan tasik tersebut, mangsa dikatakan dalam keadaan tidak berpakaian telah masuk ke dalam tasik dan dipercayai lemas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Azam, mangsa yang berusia lingkungan 40-an itu ditemui tanpa sebarang identiti bersamanya.

“Mangsa berjaya dijumpai dengan bantuan dari pihak Bomba (Unit Selam) kira-kira dua jam selepas kejadian di tasik yang sama tanpa berpakaian,” ujarnya.

Tambah beliau,  terdapat tanda kesan suntikan BCG pada bahu kiri mangsa.

Katanya, mayat mangsa telah di hantar ke Bahagian Forensik Hospital Ampang untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI