fbpx

Tok Ram macam Maher Zain, ini kelakar!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROY Azman menggeletek hati ramai apabila menyamakan Tok Ram seperti penyanyi Lubnan, Maher Zain.

KALAU sudah namanya Roy Azman, pasti ada sahaja yang keluar daripada mulutnya akan menggelikan hati ramai.

Terkenal dengan sifat suka mengusik, Roy baru-baru ini membuatkan netizen tidak kering gusi apabila menyamakan Datuk Ramli MS dengan penyanyi kelahiran Lubnan, Maher Zain.

Semuanya disebabkan jenis topi dipakai oleh Ramli atau mesra disapa sebagai Tok Ram itu sama dengan fesyen yang sering digayakan Maher.

“Maher Zain in the house! Ini mesti ‘fyp’ (tular dalam TikTok),” katanya sambil tertawa dalam video yang meraih lebih 2.3 juta tontonan itu.

Difahamkan, video tersebut dirakam ketika mereka sedang menjalani penggambaran program Travelawak: Projek Bapak Bapak terbitan Astro.

Kebanyakan netizen turut terhibur dengan video tersebut dan tidak melepaskan kesempatan untuk mengusik Tok Ram.

“Ini bukan Maher Zain versi Shopee!

“Tok Ram sudah memang kelakar ditambah pula dengan gelak Roy, sakit perut ketawa!” seloroh netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI