fbpx

Penternak biar lembu ceroboh Hospital Tengku Ampuan Jemaah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian lembu yang menceroboh masuk di kawasan HTAJ itu.

SABAK BERNAM – Rumput di Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) di sini digunakan sekumpulan penternak lembu dengan membiarkan haiwan meragut rumput pada waktu malam.

Insiden yang berlaku sejak sebulan lalu itu menimbulkan rasa kurang selesa bukan sahaja dalam kalangan kakitangan, malah pelawat HTAJ.

Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Selangor, Datuk Rizam Ismail berkata, haiwan ternakan itu dikesan berkeliaran di dalam hospital pada waktu malam sejak sebulan lalu.

Katanya, umum mengetahui hospital merupakan kawasan larangan dan lembu tidak dibenarkan berkeliaran.

“Pihak hospital ada menyalurkan maklumat dan saya mendapati ada ratusan lembu dibiarkan meragut kawasan rumput di tempat awam itu.

“Haiwan ternakan sepatutnya diikat dan diletakkan dalam kandang selain tidak dilepaskan pada jarak kurang dua kilometer di premis kerajaan dan tempat awam,” katanya ketika ditemui selepas operasi secara bersepadu di HTAJ malam tadi.

Operasi pukul 10 malam itu disertai Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam serta polis.

Difahamkan, lembu tersebut memasuki kawasan HTAJ menerusi laluan belakang dan turut mendapat rungutan daripada orang ramai.

Mengulas lanjut, beliau berkata, akan mengadakan sesi pertemuan dengan penternak lembu bagi mendengar permasalahan dihadapi dan mencari jalan penyelesaian sewajarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI