fbpx

Suami arwah Aszura sugul, sedih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam (duduk, tiga dari kanan) ketika di Tanah Perkuburan Islam Pekan Bidor hari ini. - Foto AINSAFRE BIDIN

TAPAH – Suami kepada arwah Aszura Bani, 37, yang menjadi korban kejadian kepala air di Sungai Kenjur, Kampung Poh, Bidor di sini kelihatan sugul dan sedih di Tanah Perkuburan Islam Pekan Bidor kira-kira pukul 12.20 tengah hari tadi.

Azam Radin Mustapha Amiruddin, 46, dilihat terkedu dan seakan-akan tidak boleh berkata-kata mengiringi pengebumian isterinya tadi.

“Semasa kejadian, saya tiada kerana berada di tempat kerja, anak saudara yang telefon memaklumkan mengenai kejadian.

“Sebaik sahaja sampai, isteri (arwah) telah ditemui,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Tapah di sini hari ini.

Terdahulu, Allahyarham yang disifatkan seorang yang baik oleh rakan-rakan telah disifatkan di Masjid Al-Muhtadin Bidor kira-kira pukul 11.30 pagi tadi kira-kira lebih 50 jemaah yang majoritimya ahli keluarga terdekat.

Menurut adiknya, Muhammad Faizal Bani, 36, keluarga mereka memang selalu berkelah di kawasan Sungai Kenjur sebelum ini namun sesekali menyangka kawasan itu berisiko terjadi kepala air.

“Satu jam sebelum kejadian, saya mesej dia tapi dia cuma balas salam dan minta saya tunggu sebentar. Tidak lama selepas itu, saya terima berita dia ditemui lemas dan tiga anak anak buah saya masih hilang.

“Sepatutnya saya merancang berjumpa dengan arwah malam tadi di rumahnya di Kampung Masjid, Jalan Sungkai, Bidor,” katanya ketika ditemui di tanah perkuburan Islam itu tadi.

Beliau turut menyifatkan Aszura yang bekerja sebagai penjual buah di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah arah selatan sebagai seorang yang periang dan sangat ringan tulang membantu dalam 13 adik-beradik mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI