fbpx

RM29.03 bilion aset 1MDB berjaya dipulangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA- Sebanyak RM29.03 bilion aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah berjaya dipulangkan sejak tahun 2019 sehingga kini.

Kejayaan itu hasil kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama Pasukan Petuga Khas Pemulihan Aset 1MDB (PPA1M) selain kerjasama daripada agensi luar negara.

SPRM berkata, tebaharu pihaknya berjaya memperoleh semula wang termasuk aset 1MDB berjumlah RM23,911,460.90.

Katanya, wang dan aset ini diperoleh menerusi proses lucuthak termasuk di mahkamah selain penyerahan secara sukarela membabitkan lima individu dan seterusnya telah dipulangkan semula kepada Kerajaan Malaysia.

Jelasnya, kejayaan memperoleh semula wang ini susulan proses menjejak dan memperoleh semula dana 1MDB dijalankan Bahagia n Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM tahun lalu dan terbaru pada 5 Februari lalu.

“Wang berjumlah RM556,275.64 telah berjaya diperoleh pada 30 Ogos 2023 daripada pegawai 1MDB, Nurzahid Taib, yang telah menerima dana 1MDB bagi Projek Maximus dan Projek Catalyze dimasukkan ke dalam akaun syarikat Turquoise Coast Offshore Incorporated, di mana individu ini mempunyai kepentingan.

“Wang ini telah diperolehi menerusi Perintah Pelepasan Akaun di bawah Seksyen 60 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) pada 26 Jun tahun lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

SPRM berkata, pada 29 September tahun lalu, wang berjumlah RM4,551,399.45 telah berjaya dipulangkan kepada Kerajaan Malaysia menerusi penyerahan secara sukarela oleh Pegawai Khas kepada Datuk Seri Najib Razak, Datuk Amhari Effendi menerusi pindahan wang dari BSI Bank Switzerland.

Selain itu SPRM berkata, pada 8 November tahun lalu, Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur telah memberikan perintah melucut hak tiga unit kondominium berjumlah RM7.05 juta milik Pegawai Penasihat Hal Ehwal Luar Negeri bekas Pedana Menteri itu, Mohammad Kamal Yan Yahaya.

“Individu ini telah menerima dana 1MDB menerusi Projek Magnolia, Projek Maximus dan Projek Catalyze ke dalam akaun syarikat Spring Elite International Limited di BSI Bank, Singapura, di mana dirinya mempunyai kepentingan.

“Ketiga-tiga proses pemulihan aset ini telah diperoleh susulan perbicaraan ke atas bekas pegawai bank di Goldman Sachs, Ng Chong Hwa atau lebih dikenali sebagai Roger Ng di Mahkamah Persekutuan Brooklyn, Amerika Syarikat pada Februari 2022 atas dakwaan bersubahat dalam penyelewengan dana 1MDB,” ujarnya.

Tambah SPRM, susulan proses pemulihan aset yang giat dijalankan ini juga, pada 5 lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan harta-harta milik sekutu kepada Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho iaitu Jerome Lee Tak Loong dan isterinya, Koay Ying Ying di Malaysia dan di Singapura yang keseluruhannya berjumlah RM11,753,785.81 dilucut hak kepada SPRM.

“Permohonan lucut hak ini telah dibuat di bawah Seksyen 56 dan Seksyen 64 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001),” – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI